GURU HEBAT MURID CEMERLANG...

Hari ini bila kita membaca akhbar,berbagai-bagai berita tentang guru dan murid yang bermasalah, antaranya isu buli sampai mengancam nyawa pelajar, bergaduh hingga dibuang sekolah, guru tampar murid, murid direndam dalam kolam air, guru pukul murid sehingga ada membuat laporan polis, selain itu tak kurang juga guru mengeluh soal gaji gred DG41 lebih rendah dari DG32 dan berbagai-bagai lagi berita tentang guru dan murid.Sekarang berita begini cukup sensasi dan selalu menjadi bahan berita, ini mengambarkan sedikit sebanyak situasi di sekolah agak kurang baik pada pandangan orang luar. Ada guru yang bermasalah bertindak mengikut perasaan lantas melakukan sesuatu diluar dugaan dan norma-norma sebagai seorang guru. Mungkin kerana tekanan kerja atau perasaan menyebabkan guru bertindak begitu, namun walau apapun situasi sepatutnya guru kena banyak bersabar kerana menyampai ilmu dan mengajar adalah ibadah, lantas lakukan sebaik mungkin dengan redha dan ikhlas. Pelajar-pelajar pula sekarang digambarkan tidak suka ditegur, disuruh atau dipaksa melakukan sesuatu kerja sekolah atau malas, buat kerja sambil lewa. Bila ditegur mudah melenting dan cepat melaporkan pada ibubapa, ibubapa pula cepat naik angin bila dimaklum anak dicubit atau didenda oleh guru. Situasi ini mengambarkan suasana hubungan antara guru dan murid kurang mesra, komunikasi kurang berkesan. Adakah kerana guru dibeban tugas menyebabkan suasana ini muncul, saya kurang pasti. Adakah perlu seorang guru motivasi setiap sekolah untuk menyelesaikan ini semua??. Saya difahamkan setiap sekolah ada guru bimbingan dan kaunseling yang bertindak sebagai kaunselor kepada pelajar bermasalah. Malah saya difaham setiap Pejabat Pelajaran Daerah ada seorang Kaunselor yang bertindak untuk menangani masalah di sekolah samaada guru atau pelajar.Kesimpulannya pada saya jika guru itu seorang hebat sudah pasti muridnya akan menjadi seorang yang cemerlang. Maka dalam menyelesaikan isu guru dan murid, guru perlu jadi orang yang hebat dan cemerlang, sabar, jujur dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar. Pada pelajar pula perlulah ikhlas, jujur, tekun dalam belajar menimba ilmu, pada ibubapa pula perlulah sentiasa berusaha, berikhtiar dan berdoa pada tuhan agar anak-anak kita menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik dan akhlak. Kecemerlangan pelajar akan melahirkan generasi yang hidup sejahtera serta mampu menjadikan suasana di sekolah lebih aman dan tenang. Guru Hebat Murid Cemerlang. SUMBER : PETIKAN DARI PENULISAN BLOG RAZALI MOHD AMIN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Kritikan...:

Post a Comment