Sejarah Al-Quran

Episod 1

Pengertian Al Quran

Qur'an menurut pendapat yang paling kuat adalah seperti yang dikemukakan Dr. Subhi Al Salih yang bermaksud "bacaan". Kata asalnya adalah qara'a. Kata Qur'an itu berbentuk masdar yang bermaksud isim maf'ul iaitu maqru' (dibaca). Di dalam Al-Quran itu sendiri terdapatnya perkataan "Qur'an" yang membawa maksud yang sama iaitu di dalam surah Al Qiyaamah :17 dan 18,

"Sesungguhnya mengumpulkan Al Quran (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Kerana itu) jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti bacaannya."

Memelihara Al Quran di masa Nabi Muhammad

Pada permulaan Islam, kebanyakan orang bangsa Arab Islam adalah bangsa yang buta huruf, amat sedikit di antara mereka yang tahu menulis dan membaca. Mereka belum mengenal kertas seperti kertas yang ada sekarang. Perkataan "al waraq" (daun) yang digunakan dalam mengatakan kertas pada masa itu hanyalah pada daun kayu sahaja. Kata "al qirthas" digunakan oleh mereka hanya merujuk kepada benda-benda (bahan-bahan) yang mereka pergunakan untuk ditulis seperti kulit binatang, batu yang tipis dan licin, pelepah tamar tulang binatang dan sebagainya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS